CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 13, 2009

Portal Usahawan

Portal Usahawan:
"program Pembangunan Francais / Franchise Development Programme

1. Apa itu francais?
2. Apakah dia definisi francais mengikut Akta Francais 1998?
3. Apakah kebaikan perniagaan francais?
4. Bagaimana saya hendak menjadi seorang francaisi?
5. Bagaimana dengan rancangan perniagaan, adakah perlu disediakan bagi memohon
francais?
6. Bagaimana dengan premis perniagaan, perlu cari sendiri atau disediakan?
7. Apakah syarat-syarat penyertaan sebagai francaisor?
8. Adakah saya perlu berdaftar dengan Bahagian Francais sebelum memulakan perniagaan francais?
9. Apakah jenis perniagaan francais yang paling popular?
10.Sekiranya saya ada pertikaian berhubung dengan perniagaan francais, kepada siapakah saya harus merujuk?

1. Apa itu francais

Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat induk memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud.

Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk dan pelabur. Di mana pemilik produk akan menyediakan produk dan sistem perniagaan. Manakala pelabur akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha yang berterusan.

2. Apakah dia definisi francais mengikut Akta Francais 1998?

Definisi perniagaan francais mengikut tafsiran di bawah Akta Francais 1998 adalah sesebuah perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

a) Pengendalian perniagaan mengikut sistem yang ditetapkan

b) Dalam tempoh yang ditetapkan

c) Hak menggunakan cap / rahsia dagangan dsbnya

d) Mengenakan kawalan berterusan

e) Tanggungjawab memberi bantuan

f) Bayaran / apa-apa bentuk balasan

g) Perniagaan secara berasingan

3. Apakah kebaikan perniagaan francais?
Francaisi:

- Risiko perniagaan yang lebih rendah

- Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai

- Faedah ekonomi bidangan

- Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap
- Khidmat sokongan yang berterusan daripada Francaisor, agensi Kerajaan dan institusi kewangan

Francaisor:

- Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri

- Faedah ekonomi bidangan

- Pengkongsian risiko

- Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia

- Mendapat maklumbalas perniagaan yang luas

- Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

4. Bagaimana saya hendak menjadi seorang francaisi?
Cara menjadi francaisi adalah seperti berikut:

i. Kenalpasti terlebih dahulu produk francais yang sesuai dengan kemampuan dan minat.

ii. Dapatkan maklumat terkini terbaru mengenai produk yang dipilih daripada francaisor.

iii. Mengadakan kajian untuk mengenalpasti:

a. Kesesuaian lokasi

b. Kesesuaian pasaran

c. Modal perniagaan

d. Pakej francais yang ditawarkan

e. Tahap sokongan francaisor menerusi francaisi sedia ada

iv. Memohon kepada francaisor untuk menjadi francaisi.

v. Keputusan permohonan daripada francaisor.

iv. Jika terpilih, memulakan perniagaan berdasarkan garis panduan francaisor.

5. Bagaimana dengan rancangan perniagaan, adakah perlu disediakan bagi memohon menjadi francais?

Keperluan Rancangan Perniagaan (RP) bergantung kepada keperluan francaisor. Namun begitu, RP perlu untuk memohon pinjaman dari agensi pembiayaan.

6. Bagaimana dengan premis perniagaan, perlu cari sendiri atau disediakan?

Premis perlu cari sendiri oleh francaisi. Pihak francaisor akan membantu dari segi panduan pemilihan lokasi dan akan menilai kesesuaian lokasi sebelum perniagaan francais dimulakan. Kementerian pula membantu dari segi mendapatkan premis di bawah bidang kuasa Kementerian. Sebagai contoh, premis MARA, PKEN dan PKKM.Persediaan Menjadi Francaisor

7. Apakah syarat-syarat penyertaan sebagai francaisor?Syarat-syarat penyertaan sebagai francaisor adalah seperti berikut:

i. Produk yang hendak difrancaiskan telah kukuh dan diterima ramai

ii. Terdapat buku panduan atau manual operasi yang terperinci dan lengkap

iii. Program latihan yang lengkap dan berterusan

iv. Sistem perakaunan yang seragam

v. Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian lokasi

vi. Menyediakan khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk dan perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam

vii. Mempunyai perancangan perniagaan yang menyeluruh

8. Adakah saya perlu berdaftar dengan Bahagian Francais sebelum memulakan perniagaan francais?

Hanya mereka yang mempunyai produk untuk difrancaiskan sahaja (francaisor) diwajibkan berdaftar di bawah Akta Francais 1998.

9. Apakah jenis perniagaan francais yang paling popular?

Jenis perniagaan yang paling popular ialah bidang makanan.

10. Sekiranya saya ada pertikaian berhubung dengan perniagaan francais, kepada siapakah saya harus merujuk?

Tuan boleh rujuk kepada Unit Pendaftaran & Penguatkuasaan Francais. Tuan terlebih dahulu mengisi Borang Aduan yang boleh didapati di Unit Pendaftaran & Penguatkuasaan Francais untuk diambil tindakan yang sewajarnya."

PENGENALAN

Francais adalah suatu kaedah perniagaan yang telah terbukti berjaya di seluruh dunia. Dengan memulakan sebuah perniagaan francais sebagai seorang francaisi, usahawan tersebut telah berjaya memendekkan tempoh pembelajaran dan "trial and error” kerana operasi perniagaan berjalan secara mengikuti sebuah sistem perniagaan yang telah dikaji terlebih dahulu & ianya disediakan oleh francaisor.

Pengiklanan, sokongan dan latihan juga merupakan sebahagian daripada pakej francais yang ditawarkan oleh francaisor. Justeru itu, program ini seharusnya diambil peluang oleh mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang perniagaan kerana konsep perniagaan francais itu sendiri berisiko rendah, berdaya maju dan lebih stabil. Program perniagaan sebegini adalah amat bernilai sekali dan pastinya menguntungkan, insyaAllah